Sunday, 13 May 2012

ciri-ciri isteri pilihan




 salam sumer ari nie topik kita berkenaan isteri solehah..... mesti ramai dikalangan wanita2 diluar sana yang ingin menjadi salah satu wanita solehah kan?.........tapi itu semua antara hati dan juga diri kita yang menentukan sama ada ingin disegani atau pun sebaliknya......

Bukan mudah mahu mencari pasangan ‘ideal’. Setiap jantina mempunyai senarai kriterianya sendiri. Setiap peribadi mempunyai ciri impian perihal pasangan idealnya. Setiap peringkat umur mempunyai tanggapannya tentang pasangan idamannya sendiri.

Pertama, pegangan teguh pada agama masih merupakan ciri utama yang menarik seseorang kaum Adam kepada kaum Hawa.

Kedua, kecantikan atau keanggunan sang dara masih menjadi daya penarik kepada sang teruna.

 Sering faktor kecantikan, muncul ciri ketiga: kemanjaan. 

Faktor keempat ini menimbulkan keserasian kerana sang teruna tidak terlalu membuat banyak penyesuaian apabila hidup bersama wanita idamannya kelak.

 Kelima, akhlak mulia atau keupayaan seorang wanita memagar dirinya daripada melakukan sesuatu di luar ketentuan norma masyarakat, adat atau agamanya, juga menjadi faktor penentu.

Ini mungkin mengukuhkan stereotaip seorang lelaki terhadap peranan seorang wanita tetapi hakikatnya, ini sering dianggap penting oleh sekurang-kurangnya setengah sampel responden saya itu.

Namun, faktor ini mungkin berubah mengikut perubahan trend sosialisasi yang dijalani masyarakat itu sendiri.


 Hakikatnya, kita harus pilih pasangan mengikut kayu ukur kita sendiri, bukan meniru ukur tara orang lain. Yang penting, ukur baju kita sendiri sebelum menilai orang lain.

Rasa hormat terhadap bakal pasangan amat penting. Laluan itu lebih mulia.








 

No comments:

Post a Comment